I remember one of my angels asking me to tell the whole class a story about a chicken that baked a cake. But sadly I couldn't recall the story that very moment. Sorry Fakhrul. He asked again few days after that but I still couldn't recall it.
And now I just remembered it and will tell them the story soon. =)
******
Ayam dengan sebiji padi
Pada zaman dahulu ada tiga ekor haiwan yang bersahabat baik iaitu ayam, kucing dan itik. Pada suatu hari, ayam terjumpa sebiji padi ketika sedang mencari makanan lalu membawa biji padi tersebut kepada kawan-kawannya seraya berkata, "Kawan-kawan, marilah tolong saya menanam biji padi ini."
Kucing dan itik yang tidak mahu menolong ayam itu membalas, "Pergilah engkau tanam sendiri." Apabila mendengar jawapan tersebut, ayam pun berlalu dan menanam biji padi itu sendiri.
Setiap hari, ayam menyiram biji padi tersebut dan tidak lama kemudian, biji padi itu tumbuh dengan subur dan berbuah lebat. Apabila padi telah masak, ayam mengetam padi tersebut dan menumbuknya menjadi tepung. Kucing dan itik masih tidak mahu menolong ayam.
Kemudian, ayam membuat kuih menggunakan tepung tersebut. Setelah kuih itu masak, kucing dan itik pun datang dan bertanya, "Bolehkah kami meminta sedikit kuih ini?"
Ayam tidak mahu memberi kuih tersebut malah berkata, "Makan mahu tetapi kerja malas!"
Kucing dan itik merasa sangat malu dan pergi dari situ.
******
Regret? Why?Note to self: Don't let the heart controls the head.






0 comments:
Post a Comment